Gempa Bumi Mengejutkan Tidur Aku!



KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.
Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.
Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.
Bernama dihujani panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berhubung gegaran berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran.
Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Megan Avenue.
Azizan berkata gegaran di dalam bangunan amat dirasai terutama dari tingkat lapan bangunan ke atas.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Penolong Editor Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, M. Govind Nair, 60, berkata beliau merasai gegaran itu ketika sedang menjalankan tugasnya menyunting berita di mejanya.
"Saya rasa gegaran itu kira-kira lima hingga enam saat. Saya juga rasa kerusi tempat duduk saya bergoyang sedikit dan selepas itu saya rasa pening-pening," katanya.
Pembantu tadbir Infolib Bernama Mohd Wahid Md Som, 53, berkata beliau merasakan gegaran itu kira-kira 10 saat.
"Saya tak terfikir mahu berlari keluar kerana gegaran itu hanya terasa sedikit dan sekejap. Walaupun ada sedikit rasa takut, saya tawakal," katanya, yang bertugas di tingkat lapan Wisma Bernama.
Di PUTRAJAYA, gegaran beberapa saat dirasai di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pegawai Perhubungan Awam MOSTI, Noriza Nazri berkata semua petugas di bangunan itu diarahkan meninggalkan premis berkenaan dan diarahkan berada di pekarangan bangunan sementara menunggu dibenarkan kembali memasuki bangunan.
Di KUALA SELANGOR, Meor Anas, 46, seorang Eksekutif Kejuruteraan di loji air Sungai Selangor berkata gegaran kecil terasa semasa beliau berada di pejabatnya kira-kira pukul 11 pagi.
"Gegaran beberapa saat itu terasa ketika saya berada di tempat duduk saya. Masa itu saya terlihat air di dalam balang (dispenser air) berkocak sedikit dan fail di atas meja saya sedikit bergerak," katanya.
Di SHAH ALAM, petugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini meninggalkan pejabat masing-masing dan berkumpul di dataran dan kawasan lapang berhampiran bangunan setelah merasai gegaran pada kira-kira 8 pagi dan sekali lagi pada pukul 11 pagi.
Rahmah Abdul, 45, yang bertugas di tingkat 18 bangunan itu berkata kipas dan mejanya tiba-tiba bergoyang ketika dia baru hendak memulakan tugas.
"Saya panik sebab nampak semua bergoyang. Saya dan beberapa kawan terus turun," katanya ketika ditemui di dataran Bangunan SAAS.
Abdul Rahman Ahmad, 36, berkata semua petugas dibenarkan naik semula ke pejabat masing-masing selepas pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Namun, kira-kira pukul 11 satu lagi gegaran dirasakan dan semua petugas diarahkan turun semula ke dataran oleh pihak pengurusan Bangunan SAAS.
Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Hashimah Che Mat Din, yang kebetulan menghadiri mesyuarat di tingkat 21 bangunan SAAS, turut merasai gegaran itu.
"Kami diminta meninggalkan bangunan dan turun segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Sehingga pukul 12 tengah hari, tinjauan Bernama mendapati petugas di bangunan itu masih berkumpul di dataran dan kawasan lapang bangunan SAAS.
Seorang penduduk di Kampung Meru, Klang, Suziela Che Mat memaklumkan rumahnya mengalami gegaran dalam kejadian itu.
"Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu.
Suziela, 25, berkata dia berasa pening selepas mengalami gegaran itu. - BERNAMA

Flat Bandar Tasik Selatan : Nak dijadikan cerita..pagi tadi aku tidur...tetiba aku terjaga dan aku macam kepala aku bepusing - pusing..aku pening pale ke..??
aku kejut kawan aku..
"Weyh!kepala aku pusing2 tak??"
aku tanya kawan aku..
"yer dowh!kepale kaw pusing2..hapehal kaw ni??"
kwn aku tnya aku blk..
"kaw jgn macam2..aku tengok kepale kaw pon pusing2 ni...."
die pegang kepale dia,aku pegang kepale aku...
"mana ada giler"......

tak lame pas 2..aku terasa kipas aku 2 bepusing lain macam jerk!
hapehal pulak ni??
hadoyai......!!
tiba2 aku tedegar pinggan mangkuk periuk belanga cawan2 kat dapor jatoh habes tunggang langgang...
dalam hati aku....Ya Allah...dah nak kiamat ke ni??!!
perasaan takot yang teramat sangat aku bukak pintu rumah aku lalu aku lari sambil memegang kain pelekat ku yang hampir telondeh sebab lari laju sangat kot...hahaha...
tak sempat turun bawah pon..rumh dah lah tinggi tinggkat 11..
aku nampak blok sebelah dah menyembah bumi...
sambil aku belari aku nampak penghuni2 flat rumah aku semua tepekik telolong menjerit...
dan tiba2..aku rasa badan aku makin lama makin senget....lama2 aku jatoh..aku terdengar ada orang jerit banggunan dah nak runtuh!!
lagi sekali hati aku berdetik..Ya Allah selamatkanlah kami daripada bencana Mu ni Ya Allah....!!
aku hanya mampu melihat apa yang berlaku kerana aku tak mampu dan tak terdaya nak buat apa2..jasad aku hanya terbaring di lantai luar rumah aku...
lama kelamaan aku lihat tanah semakin hampir dengan ku!!
dan lagi sekali..Ya Allah selamatkanlah kami daripada bencana Mu ni Ya Allah....!!

dan tiba2 juga!!
woi!!!bangun!!kul bape dah ni!!xnak pergi kerja ke??makan gaji buta??!
owh!haa..bangunlah ni...

Allhamdulillah..tiada mangsa yang cedera dengan gempa bumi yang berlaku di Malaysia ni..semua banggunan masih tegak lagi berdiri...
semoga jauhkan segala bencana daripada bumi Malaysia yang Indah ini.....
aminn....

1 comments:

shopping2u said...

mintak2 kte diselamatkan dri smua bncana

jom singgah sini lak;
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/blog-yang-menerima-hadiah-dari-saya.html
nk jdi cam mereka x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...