Teknik Laporan yang Berkualiti

1.       BETUL/TEPAT (CORRECT/ACCURATE)
  • Data, fakta dan maklumat yang betul, tepat dan accountable (stand by your statement, e.g. on figures and facts)
  • Gunakan data semasa
  • Data terdahulu boleh dijadikan/digunakan sebagai perbandingan

2.       PADAT (CONCISE)
    • Tulis seberapa ringkas yang boleh
    • Ringkas tetapi padat, mencakupi semua perkara yang perlu

3.       LENGKAP (COMPLETE/COMPREHENSIVE)
    • Mempunyai data, fakta dan maklumat yang lengkap
    • Lampiran yang perlu, disertakan
    • Ada sinopsis/ringkasan, jika melebihi 6 muka (berpandukan Panduan Penyediaan Kertas JM)
    • Menyatakan bahan-bahan rujukan

4.       JELAS(CLEAR)
    • Huraian yang jelas
    • Menggunakan bahasa yang mudah difahami
    • Mengikut urutan logik (logical sequence)
    • Susun atur yang baik dan menarik (layout)
    • Ilustrasi yang menarik dan pelbagai





5.       URUTAN
  •  Sequential, dimana fakta/maklumat yang penting dikemukakan dahulu, diikuti dengan fakta/maklumat lain mengikut tahap kepentingan
  • Mengikut hierarki (hierachical) dimana penyataan umum diikuti oleh butir-butir/perincian
  • Perbandingan (comparative) dimana sesuatu idea dibandingkan dengan idea lain. Digunakan bersama dengan mana-mana dua diatas

6.       FORMAT / SUSUN ATUR
  • Berpandukan Arahan untuk kertas Jemaah Menteri
o   Ukuran kertas ialah saiz A4
o   Jarak (spacing) satu setengah (1.5)
o   Saiz Font yang seragam iaitu Arial saiz 14.
o   Justified

  • Nombor muka surat
o   Muka surat sebelum isi (body) guna huruf Roman, i.e. i, ii, iii dan seterusnya.
o   Muka surat isi (body), guna Arabic, i.e. 1- 9 dan seterusnya.
Nombor tajuk, sub tajuk dan para.
(amalan kertas Jemaah Menteri)
                1. TUJUAN
       1.1.
          1.1.1
     2. LATAR BELAKANG
                  2.1.
                     2.1.1.      








7.       PENGGUNAAN BAHASA
  •  Bahasa Malaysia, bila perlu terjemahan Bahasa Inggeris disertakan.
  • Mengguna ejaan baru.
  • Istilah teknikal atau perkataan yang mungkin menimbulkan kekeliruan hendaklah dijelaskan sewajarnya
o   Penjelasan dalam kurungan, atau
o   Nota kaki, atau
o   Lampiran penjelasan istilah, dan
o   Perkataan Bahasa Inggeris dicondongkan (italic).


8.       MEYAKINKAN(CONVINCING)
  • Matlamat utama kertas – untuk mendapat sokongan/pertimbangan.
  • Oleh itu semua asas/sebab/hujah (argument) perlu meyakinkan.

9.       BERSOPAN (POLITE)
  •  Menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang bersesuaian, tidak keras.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...