TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD : Perjalanan Seorang Pemimpin




TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

·         Nama                          : Mahathir bin Mohamad
·         Tarikh lahir                   : 10 Julai 1925 / 20 Disember 1925
·         Tempar lahir               : Alor Setar,Kedah, Malaysia
·         Gelaran                       : Tun M, Che Det
·         Jawatan Tertinggi       : Perdana Menteri Malaysia Ke-4 (1981-2003)
·         Isteri                            : Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali
·         Anak                            : Marina Mahathir
: Mirzan Mahathir
: Melinda Mahathir
: Mokhzani Mahathir
: Mukhriz Mahathir
: Maizura Mahathir
: Mazhar Mahathir

            Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tun M merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Tun M memulakan alam persekolahannya di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahunkemudian beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Pada tahun 1947, Tun M telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Beliau juga turut aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

            Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Tun M telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Tun M telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya.

           Namun begitu,pada tahun 1957, Tun M dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah iaitu isteri beliau telah membuka klinik persendirian setelah kontrak beliau dengan kerajaan tamat. Klinik yang bernama Klinik MAHA telah dibuka di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Klinik MAHA juga turut menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

            Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Tun M juga telah mencipta buku yang bertajuk "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

            Selain daripada menulis, Tun M juga turut aktif dalam bidang politik dengan menyuarakan pendapat dengan rencana-rencana beliau. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Tun M diberi kepercayaan menjadi calon dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari situlah beliau mencipta nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Beliau juga turut dilantik sebagai Ahli Parlimen pada tahun yang sama namun hilang kerusi ketika pilihan raya berikutnya. Namun begitu, pada tahun 1974 beliau kembali bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

            Dengan kemenangan Pilihan Raya ke 1974, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga orang yang bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang masih digunakan sehingga sekarang dengan mempunyai pindaan baru pada tahun 2006.

            Tun M telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah kerana Tun Hussein Onn akan menggantikan tempat Tun Abdul Razak sebagai Perdana  Menteri pada tahun 1975. Disinilah titik mulanya kejayaan politik beliau.
           
            Kemenangan Tun M dalam Pilihanraya Umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti dan akhirnya Tun M telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun setelah Tun Hussien Onn meletak jawatan atas sebab kesihatan.

            Sepanjang 22 tahun memerintah,beliau telah diberi gelaran “Bapa Pemodenan” atas usahanya untuk memajukan dan memodenkan Malaysia. Beliau telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia serta mampu bersaing dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir atau di kenali sebagai Tun M dapat kita lihat berada di mana sahaja.

1 comments:

Anonymous said...

Pemimpin yg tiada gantinya buat bangsa melayu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...