Judi Keputusan Pilihan Raya Cecah Nilai Ratusan Juta Ringgit




Setiap kali musim bolasepak, maka sindiket perjudian akan bergerak aktif. Dan ramai diantara kita mungkin ingat judi hanya terhad dalam dunia sukan semata-mata.
Namun, ia bukan sekadar dalam bola sepak atau sukan lain.
Sindiket yang sama juga bergerak aktif ketika musim pilihan raya umum dengan membuat pertaruhan untuk calon-calon atau parti mana yang akan menang dan kalah.
Beberapa akhbar utama berbahasa Cina semalam memainkan isu tentang sindiket-sindiket perjudian haram yang meramalkan kekalahan Pakatan Rakyat di Selangor.
Berita ini sudah tentu mengejutkan kita kerana selama ini, sindiket-sindiket seperti itu diketahui sentiasa berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Akhbar yang memetik kenyataan bekas Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Kim dari DAP itu turut menyebut bahawa sindiket-sindiket terbabit telah menyediakan peruntukan wang sebanyak RM 200 juta untuk tujuan pertaruhan dalam pilihan raya umum kali ini – di Selangor sahaja.
Di kalangan orang Melayu, berita seumpama ini mungkin kelihatan asing di telinga mereka, tapi di kalangan orang cina, kewujudan sindiket-sindiket judi haram ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana budaya berjudi di kalangan orang cina (termasuk dalam soal pilihan raya) memang kuat dan sudah wujud sejak zaman berzaman lagi.
Jumlah yang disebutkan Chang Kim itu jika benar, baru mencerminkan satu negeri.
Bagaimana pula untuk senario seluruh negara? Apakah ia akan mencecah jumlah bilion ringgit pula?
Masyarakat Cina yang bertaruh sudah pastinya akan mengundi mengikut taruhan mereka dan bukannya kepercayaan politik.
Contohnya, kalau Ah Beng percaya DAP akan menang di kawasannya, maka sudah tentu dia akan mengundi parti berkenaan walaupun di hati dia tahu Barisan Nasional (BN) lebih berkemampuan untuk membuat kerja.
Jadi, pertaruhan judi yang dibuat berdasarkan persepsi siapa yang akan menang juga memainkan peranan yang penting dalam meramal keputusan pilihan raya umum.

Cerita Asal : MyNewsHub

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...